Friday, February 5, 2010

Check Up Pertama di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju

To be fair dengan anak ke-2 ni, saya suami pergi ke Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju untuk check up Antenatal. Kali pertama check up untuk baby ke-2 ni, rasa macam anak pertama pulak. Dah 6 tahun tak pergi check up you! So, rasa nervous le sikit. Tak reti nak buat apa. Yang paling best nya...masa doktor buat ultrasound scan & nampak la baby punya figure. Masa tu baru 2 bulan.. mmm dah nampak figure baby tu. Seronok nya!!! Suddenly doktor cakap "Mmmm... ada 2 ni." Hah?! Biar betul doktor ni. Yang check saya masa tu, Dr. Zanariah. Then, saya pun tanya doktor. "Ishh...betul ke doktor?" "Mmm... betul. Cuba awak tengok? Haa...ni kan jantung dia, yang Pertama. Dan...ini lagi satu" Ya Allah...!! Memang terkejut sangat. Suami saya pun terperanjat, yang si kakak, Sofia masa tu ikut sama saya check up pun seronok dengan khabar yang sangat-sangat menggembirakan kami sekeluarga. Bayangkan ada 2 nyawa berdenyut di dalam tubuh saya, dan kedua-duanya hidup. Masya-Allah...itulah kebesaran Allah yang tiada tandingan.

Memang kami tak sangka akan mendapat 2 ahli keluarga baru serentak. Kalau sorang, mungkin tak berapa seronok, tapi... ini 2 orang. ALHAMDULILLAH...!! Saya rasa bersyukur sangat pada Allah swt yang telah menjadikan kami manusia. Mendapat kembar memang satu keajaiban yang tak pernah terlintas difikiran kami. Kalau diingat-ingatkan balik, Sofia (anak sulung) pernah meminta mahukan adik. Jadi, kami pun suruh dia berdoa pada Allah agar dikurniakan adik. Selepas selesai berdoa, kami bertanya: "Berapa adik yang Sofia minta?" Lalu, si kakak pun menjawab, "Nak 2" Kami sangkakan, dia bakal mendapat adik lagi 2 orang dalam masa yang berlainan. Tapi, tak sangka Allah mengurniakan doa Sofia dengan memberi adik kembar 2 orang sekaligus!!

Sampai sekarang saya masih simpan gambar ultrasound scan tu. Saya nak publish, tapi kena scan dulu. Yang bestnya, kalau check up ni, bayarnya untuk 1 orang je. Best kan...

0 comments:

Post a Comment