Friday, February 5, 2010

Check Up Pertama di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju

To be fair dengan anak ke-2 ni, saya suami pergi ke Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju untuk check up Antenatal. Kali pertama check up untuk baby ke-2 ni, rasa macam anak pertama pulak. Dah 6 tahun tak pergi check up you! So, rasa nervous le sikit. Tak reti nak buat apa. Yang paling best nya...masa doktor buat ultrasound scan & nampak la baby punya figure. Masa tu baru 2 bulan.. mmm dah nampak figure baby tu. Seronok nya!!! Suddenly doktor cakap "Mmmm... ada 2 ni." Hah?! Biar betul doktor ni. Yang check saya masa tu, Dr. Zanariah. Then, saya pun tanya doktor. "Ishh...betul ke doktor?" "Mmm... betul. Cuba awak tengok? Haa...ni kan jantung dia, yang Pertama. Dan...ini lagi satu" Ya Allah...!! Memang terkejut sangat. Suami saya pun terperanjat, yang si kakak, Sofia masa tu ikut sama saya check up pun seronok dengan khabar yang sangat-sangat menggembirakan kami sekeluarga. Bayangkan ada 2 nyawa berdenyut di dalam tubuh saya, dan kedua-duanya hidup. Masya-Allah...itulah kebesaran Allah yang tiada tandingan.

Memang kami tak sangka akan mendapat 2 ahli keluarga baru serentak. Kalau sorang, mungkin tak berapa seronok, tapi... ini 2 orang. ALHAMDULILLAH...!! Saya rasa bersyukur sangat pada Allah swt yang telah menjadikan kami manusia. Mendapat kembar memang satu keajaiban yang tak pernah terlintas difikiran kami. Kalau diingat-ingatkan balik, Sofia (anak sulung) pernah meminta mahukan adik. Jadi, kami pun suruh dia berdoa pada Allah agar dikurniakan adik. Selepas selesai berdoa, kami bertanya: "Berapa adik yang Sofia minta?" Lalu, si kakak pun menjawab, "Nak 2" Kami sangkakan, dia bakal mendapat adik lagi 2 orang dalam masa yang berlainan. Tapi, tak sangka Allah mengurniakan doa Sofia dengan memberi adik kembar 2 orang sekaligus!!

Sampai sekarang saya masih simpan gambar ultrasound scan tu. Saya nak publish, tapi kena scan dulu. Yang bestnya, kalau check up ni, bayarnya untuk 1 orang je. Best kan...

Monday, February 1, 2010

Awal Kehamilan Kembar - Puasa & Hari Raya Puasa

Masa awal kehamilan, memang ada rasa mabuk jugak. Macam saya ni dari kehamilan pertama, saya tidak banyak kerenah. Mabuk pun dalam 1 bulan camtu je. Tapi, bila hamilkan yang si kembar ni, rasa lebih sikit le. Macam mabuk tu dalam 2 bulan, then masa Puasa tu rasa nak minum sesangat. Sampai rasa tak nak Puasa je...kering betul tekak.

Masa Puasa tu, saya ada kat Kompleks Sukan Bukit Jalil buat Jualan sempena Karnival Jualan Borong Ramadhan (tapi tak dapat sambutan bagai dikata pun, rasa rugi je bayar tapak sampai RM1500). Setiap kali buka Puasa rasa macam nak minum air je, makan tak lalu langsung. Masa tu tak tau pulak saya ni hamil. Yang kelakarnya... masa ambil wuduk, rasa nak kumur lama-lama. Lepas tu, rasa nak mandi lama-lama. Mmmm...ntah le, kalau difikirkan balik, memang kelakar. Puasa mengalahkan budak kecik..:) Kalau dah buka tu, rasa nak minum air bertong-tong le. Dahaga sesangat.. suami saya pun pelik jugak. Minum air je, mungkin ok...tapi saya minum air gas. Kalau la saya tau saya ni hamil, definitely saya tak minum air gas. Saya ni jenis cautious sikit...sayang anak You!

Bila time Raya, tak tau lagi saya hamil kan si kembar ni. Masa Raya saya cuma tau saya hamil. Saya confirmkan lepas Raya tu, dalam 1 minggu dah cuti then baru gi jumpa doktor. Masa jalan-jalan Raya tu, rasa pening sesangat. Sampai tak boleh nak concentrate la buat kerja. Everyday pening...Nak kata tak makan, saya makan. Nak kata banyak masalah, tak juga. Biasanya kalau rasa pening saya akan tidur sekejap, lepas tu hilang la pening tu. Ni tidak, pening tu datang balik. Hmm.. saya tak biasa makan ubat ni. Suami saya suruh makan Panadol sebab macam suami saya ni, bila pening dia akan ambil Panadol. Selesai cerita... Saya tak biasa laa.. So, saya biarkan je. Saya fikir, ala..biasa la, orang hamil memang macam tu. Saya ingat kehamilan saya ni, kehamilan biasa. Tahan le sikit, mungkin anak no. 2 ni lain sikit. Mak saya pulak cakap, "Hai, pening takde duit ke?" Hmm..mak saya ni memang laser sikit. Ye laa.. anak ramai lelaki, mana dia tau camna nak ambik hati anak perempuan. Simpan je la dalam hati...makan hati berulam jantung..

Time Raya tak dapat nak ziarah rumah sedara semuanya. Saya asyik pening je, nak berjalan pun saya leceh. Mabuk tu biasa la...saya ni mabuk tak boleh bau makanan. Rasa cam nak muntah je. Anyway, takde lah sampai tak makan. Biskut tu saya makan gak. Satu lagi kalau barang yang bersepah. Aduh!! Pening You...! Kalau bilik bersepah ke..kalau dalam kereta bersepah ke.. mmmm.. kena kemaskan jugak le, pening-pening pun. Suami saya bab kemas mengemas ni tak pandai. Kalau jaga anak , boleh la. Anak saya yang sulung dah 5 tahun masa tu, so nak kena siapkan dia untuk gi Tadika. Suami saya la yang uruskan..mandikan dia, makan minum dia. Kesian pulak kekadang tu tengok dia uruskan anak saya sorang-sorang. Tapi, kalau dia ok, NO hal punya. Sebab tu la... masa bercinta dulu, kena tanya sama ada dia sanggup tolong kita atau tak. Sanggup sama-sama susah atau tak? Saya semuanya saya tanya suami saya. Sekarang zaman orang berkahwin, suami jadi KAWAN kita, bukan macam dulu. Suami jenis konservatif, isteri mesti duduk kat rumah jaga anak. Hal orang lelaki tak boleh masuk campur.. Kalau ada la lelaki macam tu zaman sekarang..mmm.. memang kuno la dia orang tu. Sekarang ni, lelaki pun sama-sama tolong buatkan susu anak. Bangun malam-malam...ambil giliran. Barulah aman rumah tangga. Of course la, kita sebagai isteri mesti jalankan tanggungjawab. Suami mesti cukup makan, pakaian mesti cantik, bilik mesti cantik & hormat pada suami. Bila bertutur, mesti pandai ambil hati..baru ok. Betul tak?

Apa-apa pun, pada awal kehamilan memang rasa lain sikit. Saya sampai ingat dapat anak lelaki. Tapi, nasib baik suami saya supportive. Untung dapat laki macam tu. Sekarang ni mana nak dapat suami yang macam tu...susah You!

Friday, January 29, 2010

Akhirnya Saya hamil untuk kali ke-2...

Hari Raya Puasa tahun 2008 merupakan hari paling bertuah & tak dapat dilupakan (selain daripada masalah keluarga suami yang sedang dilanda 'taufan') saya & suami pulang ke Melaka, rumah Pak Teh & Mak Teh. Saya pun agak cuak jugak, sebab sudah beberapa mencuba Kit Kehamilan, tapi tak berjaya. Kali ini, rasanya keyakinan tu ada sikit kot. So, pagi Raya ke-2, saya pun cubalah kit tu....AAAAAaaaaaaaaaaaaaaa....!!! ALHAMDULILLAH....Syukur kepada Allah akhirnya saya hamil kali ke-2. Bukannya apa You, anak yang sulung tu dah 5 tahun, sibuk nak adik. It's not easy to get pregnant nowadays..bukan sekali SNAP je untuk hamil, kan. Especially kami yang berniaga & sentiasa sibuk.

Nak kata gembira, memang gembira. Tapi TERLALU gembira, tidak la..sebab takut jugak kalau apa-apa hal. Yelah..mengandung ni kuasa ALLAH, Dia yang menentukan sama ada kandungan ini berjaya dilahirkan atau tidak. Anyway, belum 100% confirm lagi, kena jumpa doktor gak untuk confirmkan. So, saya 50-50 la. Suami saya? Mmmm...seronok sangat.

Berita ni kami simpan dulu dari ahli keluarga, tak nak excited dulu sebelum confirm. So, dengan Pak Teh & Mak Teh pun kami senyap je. Tak de cerita apa pun. Tapi, ntah macam mana, suami saya tu, seronok sangat sampai boleh terlepas cakap kat member yang kami kunjungi di Johor (baru je kenal masa exhibit kat MAHA 2008). Tak boleh nak salahkan suami saya pun, siapa yang tak gembira ya, dah lama tak de baby.